DPMM FC akan bertemu kelab Filipina

DPMM FC akan bertemu kelab Filipina

Oleh Mohamad Asyramiyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Brunei DPMM FC akan berdepan Pasukan Ceres La Salle di dalam suku akhir Piala Singapura pada 30 Jun 2016 ini nanti di Stadium Jalan Besar, Singapura bagi perlawanan pertama peringkat itu.

Brunei DPMM FC akan menentang pasukan jemputan dari Filipina itu setelah pasukan tersebut menang ke atas Pasukan Garena Young Lions dengan jaringan 3-1 selepas masa tambahan.

Selaku juara tiga kali Piala Singapura, Brunei DPMM FC akan bertandingan dalam kejuaraan pertama musim ini selepas berdepan dengan Tampines Rovers FC esok, Garena Young Lions dan Balestier Khalsa sedikit masa lagi.

Lima perlawanan akan berlangsung dalam masa 22 hari sebelum liga Singapura berehat sehingga Julai 2016 nanti dan pasukan Ceres La sale kini berada di tangga kelima Divisyen 1 Liga Bola Sepak United namun telah terkeluar daripada rebutan Piala AFC ketika menentang South China baru-baru ini.