DPMM FC akur di tempat kedua

DPMM FC akur di tempat kedua

Oleh Ali Noh HM

Bandar Seri Begawan, 31 Julai – Brunei DPMM FC terpaksa akur melepaskan gelaran juara yang hampir menjadi miliknya selepas gagal mempertahankan kemenangannya di peringkat akhir menentang Albirex Niigata FC (S) 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam.

Dalam aksi perlawanan tersebut, Albirex berjaya memecahkan gawang pertahanan DPMM FC dengan menjaringkan gol pertama di minit ke-42 hasil sepakan pemainnya Rui Kumada.

DPMM FC kemudian kembali bangkit menentang Albirex dengan berusaha mencari ruang untuk menembusi gawang pasukan lawan, tetapi berjaya dilumpuhkan pihak lawan.

Pada minit ke-79, DPMM FC sekali lagi dikecewakan dengan jaringan kedua Albirex oleh pemain Atsushi Kawata yang sekaligus memusnahkan harapan Brunei DPMM FC untuk merangkul gelaran juara dalam liga tersebut.

Walaupun gagal merangkul gelaran juara, pencapaian DPMM FC dilihat begitu memberangsangkan sejak beberapa perlawanan yang lalu yang menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa sehingga berjaya melangkah ke peringkat akhir menentang Pasukan Albirex yang berkesudahan dengan 2-0.

DPMM FC dibarisi oleh Wardun Yussof, Brian McLean, Helmi Zembin, Abdul Aziz Tamit, Shahrazen Said, Rosmin Kamis, Najib Tarif, Maududi Hilmi, Hendra Azam, Azwan Salleh, Adi Said, Paulo Sergio, Rafael Ramazotti.