DPMM FC belasah Balestier Khalsa

DPMM FC belasah Balestier Khalsa

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Setelah tewas 3-0 di tangan Kaya FC di dalam Piala Persekutuan Bola sepak Asia tempoh hari, Brunei DPMM FC bangkit untuk mengalahkan Balestier Khalsa 3 -1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, sebentar tadi.

Rafael Ramazotti membuka tirai jaringan pada minit ke-32 sebelum empat minit kemudian satu lagi jaringan babak pertama dijaringkan Azwan Ali Rahman pada minit ke-36.

Balestier Khalsa cuba mengejar pada awal babak kedua dan berjaya mendapatkan jaringan melalui Hazzuwan Halim pada minit ke-66, namun impian Balestier Khalsa punah apabila Shah Razen Said sekali lagi menggegarkan gawang Zaiful Nizam pada minit ke-74 perlawanan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan kelmarin berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura di antara DPMM FC melawan Balestier Khalsa FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan kelmarin berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura di antara DPMM FC melawan Balestier Khalsa FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.
Penyerang DPMM FC, Sergio membuat serangan di depan benteng Balestier Khalsa FC. - Infofoto
Penyerang DPMM FC, Sergio membuat serangan di depan benteng Balestier Khalsa FC. – Infofoto

Kad Merah dilayangkan pada minit ke-83 kepada Paulo Sergio, dan beliau akan terlepas peluang untuk beraksi menentang Albirex Niigata FC (S) pada 22 April dan Geylang International FC pada 30 April ini.

Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA