DPMM FC benam Balestier, juara Liga-S

DPMM FC benam Balestier, juara Liga-S

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Paulo Sergio muncul wira skuad DPMM FC apabila mencipta hatrik sekali gus membantu pasukan elit itu melakar sejarah Liga-S malam kelmarin, apabila menumpaskan Balestier Khalsa 4-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Hatrik oleh Paulo Sergio dihasilkan pada separuh masa pertama sebelum Rafael Ramazotti merembat masuk gol keempat DPMM FC, untuk membuat penyudah sebagai penjaring gol terbanyak liga dengan sejumlah 21 gol kesemuanya.

Jurulatih DPMM FC Steve Kean menyifatkan kejayaan itu hasil persembahan terbaik daripada anak-anak buahnya dan memberikan pujian tidak terhingga kepada Sergio dan rakan-rakannya.

Ini merupakan kali pertama DPMM FC meraih kejuaraan liga itu sejak menyertainya pada 2009.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan disembahkan Piala Juara Liga Singapura sejurus selepas Pasukan Brunei DPMM FC memenangi dan menjuarai Liga Singapura 2015. – Gambar Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan disembahkan Piala Juara Liga Singapura sejurus selepas Pasukan Brunei DPMM FC memenangi dan menjuarai Liga Singapura 2015. – Gambar Infofoto

DPMM FC juga muncul sebagai kelab asing pertama menjuarai Liga S sejak kelab Etoile FC yang berpangkalan di Perancis dinobatkan sebagai juara pada 2010.

Serangan DPMM FC bermula seawal minit ke-5 dengan disusuli gempita sorakan penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium sejak awal petang lagi.

Gol pembukaan DPMM FC diperoleh melalui gerakan menarik oleh Paulo Sergio dan rakan-rakan yang kemudian membuat rembatan dengan bola terkena bahu pemain Balestier lalu terpantul masuk ke pintu gawang pasukan pelawat.

Balestier hampir memecah kebuntuan pada minit ke-30 apabila Ignatius Ang membuat sepakan kencang dari jarak 12 ela tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang DPMM FC Wardun Yussof.

ARTIKEL YANG SAMA