DPMM FC benam Geylang

DPMM FC benam Geylang

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Azwan Ali dan Azwan Salleh menjadi wira skuad DPMM FC pada babak pertama manakala Rafael Ramazotti pula melengkapkan kemenangan 3-1 pasukan kebanggaan tanah air itu ke atas Geylang FC dalam aksi Liga-S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam ini.

Tuan rumah menemui sentuhan seawal minit kelapan apabila Azwan Ali mendapat lorongan cantik daripada Joseph Gamble untuk menyudahkan peluang membuka jaringan.

Pasukan pelawat mendapat gol sagu hati menerusi Shawal Anuar pada minit ke-32. Pasukan pelawat terus mengasak untuk mencipta peluang tetapi tuan rumah pula yang menambah jaringan.

DPMM FC yang bermula garang di gelanggang sendiri memandangkan belum lagi mengecapi kemenangan dalam tiga perlawan terakhir, terus mencari peluang dan pada minit ke-39 dan usaha membuahkan hasil apabila Azwan Salleh menambah pendahuluan menerusi umpanan cantik.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah malam tadi berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Liga-S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – Infofoto

pg24_150806_b

Tiga minit selepas babak kedua bermula, Azwan Ali nyaris menambah jaringan apabila rembatannya tepat ke arah pintu gol muntah selepas ditepis penjaga gol pasukan pelawat, tetapi Ramazotti tidak melakukan kesilapan apabila pantas menyambar peluang untuk menjaringkan gol ketiga DPMM FC pada minit ke-48.