DPMM FC benam Home United

DPMM FC benam Home United

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Skuad Steve Kean berjaya mengutip tiga lagi mata penuh selepas berjaya membenam Home United FC 3-1 dalam perlawanan Liga-S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, sebentar tadi.

Pasukan pelawat mempamerkan rentak yang menarik dan agak degil kerana hampir mengekalkan gawang bersih untuk babak pertama, tetapi kecekalan tuan rumah terserlah apabila Paulo Sergio membuka jaringan untuk DPMM FC pada minit ke-37.

Permainan pada babak kedua juga seakan-akan menampakkan tiada jaringan akan dibuat, tetapi Rafael Ramazotti menyangkal keadaan apabila berjaya menyertai Sergio merobek gawang lawan pada minit ke-71.

DPMM FC terus menambah derita pasukan pelawat apabila berjaya membolosi gawang mereka selang enam minit selepas gol Ramazotti dengan kali ini giliran Brian McLean menggegar jaringan.

Selepas bolos dua gol dalam masa yang singkat pada babak, Hougang mengatur rentak dan tidak menunggu lama untuk memberikan jawapan melalui jaringan Ken Ilso pada minit ke-83 tetapi sudah lambat dan perlu berpuas hati dengan gol sagu hati.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik menyaksikan perlawanan bola sepak Liga S antara Pasukan Brunei DPMM FC dengan Home United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas yang berkesudahan DPMM FC menang 3-1.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik menyaksikan perlawanan bola sepak Liga S antara Pasukan Brunei DPMM FC dengan Home United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas yang berkesudahan DPMM FC menang 3-1.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan menyaksikan perlawanan Liga-S antara Brunei DPMM FC dan Home United di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, semalam. - Infofoto
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan menyaksikan perlawanan Liga-S antara Brunei DPMM FC dan Home United di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, semalam. – Infofoto

Dalam ulasannya mengenai perlawanan hari ini, Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean menyatakan rasa pelik dengan perlawanan hari ini yang padanya jauh berbeza daripada corak pemain Brunei DPMM FC sebelum ini.

“Kami banyak menyerang pada babak pertama namun hanya berjaya menjaringkan satu gol dan banyak ditekan pada babak kedua namun berjaya pula menjaringkan dua gol meskipun bolos pada 10 minit terakhir,” ujarnya.

Paulo Sergio meraikan jaringan pembukaan semasa menentang Home United di Stadium Negara Hassanal Bolkiah semalam. – Infofoto
Paulo Sergio meraikan jaringan pembukaan semasa menentang Home United di Stadium Negara Hassanal Bolkiah semalam. – Infofoto

Beliau tidak membantah keputusan pengadil dan tidak menyalahkan pemain Reduan Petara yang menjatuhkan Mahathir Azeman kerana padanya dalam latihan beliau menunjukkan prestasi baik dan perlawanan hari ini menjadi platform menimba pengalaman yang berguna bagi pemain muda itu.

Apabila ditanya mengenai Paolo Sergio yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua ekoran kecederaan tulang belakang, beliau berkata keadaannya masih belum dapat dipastikan namun beliau berharap semoga tiada kecederaan serius menimpa penyerang itu.

Selepas 21 perlawanan, DPMM FC berjaya mengutip 35 mata dan kekal di tangga ketiga walaupun Hougang United berjaya menundukkan Garena Young Lions 2-0 dalam perlawanan lain di Stadium Jalan Besar di Kota Singa itu, malam tadi.

ARTIKEL YANG SAMA