DPMM FC benam Hougang 2-0

DPMM FC benam Hougang 2-0

Oleh Ali Noh HM

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Brunei DPMM FC meneruskan lagi rentak kemenangan berturut-turut setelah berjaya membenam Hougang United FC dengan jaringan 2-0 di Stadium Hougang, Singapura, malam tadi.

DPMM FC menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan penalti daripada Paulo Sergio pada minit ke-43 sebelum beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-77.

Pada babak seterusnya, kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit dengan tiada sebarang jaringan dilakukan sebelum Fairoz Hasan dari Hougang FC dilayangkan kad merah pada minit ke-88.

Antara aksi kedua-dua pemain dalam perlawanan malam tadi.
Antara aksi kedua-dua pemain dalam perlawanan malam tadi.

Insiden tersebut memberi peluang kepada DPMM FC untuk menjaringkan gol keduanya melalui sepakan penalti oleh Rafael Ramazotti pada minit ke-89, sekaligus memberikan kemenangan mutlak 2-0 kepada pasukan bola sepak negara.

Selepas membenam Hougang FC 2-0, pasukan negara kini kekal berada di tempat ketiga dalam Piala Liga dan akan bertemu dengan Tampines Rovers FC pada perlawanan separuh akhir nanti.

ARTIKEL YANG SAMA