DPMM FC benam Tampines

DPMM FC benam Tampines

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – DPMM FC memastikan detik tewas di laman sendiri kepada Balestier Khalsa FC tidak lagi berulang malam ini apabila berjaya membenam Tampine Rovers dengan jaringan 2-0.

Pasukan tuan rumah mempergunakan kelebihan kecergasan babak pertama untuk menjaringkan dua gol dan berjaya mengekalkan jaringan tersebut sehingga tamat permainan.

DPMM FC membuka jaringan pada minit ke-21 melalui usaha Rafael Ramazotti dan menggandakan pendahuluan mereka pada minit ke-45 melalui tendangan penalti yang disempurnakan oleh Paulo Sergio.

Pasukan pelawat cuba mencari ruang tetapi tuan rumah berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan dengan DPMM FC kali ini menang tanpa bolos walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Azwan Ali dilayangkan kad merah pada minit ke-72.

DPMM FC setakat ini berjaya meraih 19 mata selepas menang enam kali, seri dan kalah masing-masing sekali dengan lapan perlawanan sudah berlalu tetapi mempunyai dua permainan dalam tangan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyaksikan perlawanan Liga-S antara DPMM FC menentang Tampines Rovers di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi. - Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyaksikan perlawanan Liga-S antara DPMM FC menentang Tampines Rovers di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi. – Infofoto
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyaksikan perlawanan malam tadi. - Infofoto
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyaksikan perlawanan malam tadi. – Infofoto
Antara aksi menarik Liga-S DPMM FC menentang Tampines Rovers petang tadi. - Infofoto
Antara aksi menarik Liga-S DPMM FC menentang Tampines Rovers petang tadi. – Infofoto