DPMM FC berhari raya

DPMM FC berhari raya

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Kelab Bola Sepak DPMM (DPMM FC) malam ini mengadakan Majlis Berhari Raya dan Penyampaian Cenderahati serta Sumbangan kepada seramai 50 orang anak-anak yatim dari kawasan Mukim Sengkurong di Royal Brunei Polo Club, Jerudong.

Berkenan hadir di majlis sambutan hari raya tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Turut berkenan hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah.

Juga hadir Pengerusi DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah semasa berangkat ke Majlis Berhari Raya anjuran Kelab Bola Sepak DPMM di Royal Brunei Polo Club, Jerudong.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah semasa berangkat ke Majlis Berhari Raya anjuran Kelab Bola Sepak DPMM di Royal Brunei Polo Club, Jerudong.
Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Yang Amat Mulia bersama tetamu Majlis Berhari Raya DPMM FC.
Yang Amat Mulia bersama tetamu Majlis Berhari Raya DPMM FC.
Persembahan oleh pihak pengurusan DPMM FC.
Persembahan oleh pihak pengurusan DPMM FC.

Majlis Sambutan Hari Raya dimeriahkan dengan persembahan dan nyanyian yang dipersembahkan oleh pemain-pemain DPMM FC, persembahan daripada pengurusan kelab berkenaan dan persembahan daripada artis tempatan Brunei.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada anak-anak yatim oleh ahli kerabat diraja dan beramah mesra.

ARTIKEL YANG SAMA