DPMM FC berkongsi mata

DPMM FC berkongsi mata

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Setelah dua kekalahan di tempat sendiri, Pasukan Brunei DPMM FC kini melangkah ke Stadium Choa Chu Kang di Singapura hari ini bagi menentang Pasukan Warriors FC yang berkesudahan dengan kedudukan terikat 1 – 1.

Paolo Sergio yang baru saja kembali ke dalam kesebelasan utama membuktikan kemampunannya apabila membuka jairngan dalam perlawanan di babak kedua pada minit ke-61 selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan ekoran kekasaran pada perlawanan menentang Balistier Khalsa FC.

Insiden berkenaan menyebabkan Sergio terpaksa menjadi penonton ketika kekalahan tipis pasukan tuan rumah di tangan pasukan Albirex Niigata FC dan Geylang FC.

Paolo Sergio (kiri) dalam salah satu aksi bersama DPMM FC. Sergio yang baru kembali ke dalam kesebelasan utama membuktikan kemampuannya apabila membuka jaringan dalam perlawanan di babak kedua pada minit ke-61 pada perlawanan tersebut.
Paolo Sergio (kiri) dalam salah satu aksi bersama DPMM FC. Sergio yang baru kembali ke dalam kesebelasan utama membuktikan kemampuannya apabila membuka jaringan dalam perlawanan di babak kedua pada minit ke-61 pada perlawanan tersebut.

Namun kedudukan berkenaan tidak bertahan lama apabila pada minit akhir perlawanan Marijan Suto menyamakan kedudukan kepada 1-1.

Brunei DPMM FC menunjukkan persembahan terbaik namun terpaksa pulang dengan satu mata yang dikongsi dengan Pasukan Warriors dalam Liga Singapura sebelum menentang Hougang United FC di tempat sendiri pada malam minggu hadapan.