DPMM FC bertemu peminat

DPMM FC bertemu peminat

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Skuad bola sepak negara, DPMM FC, hari ini bertemu peminatnya daripada kalangan pelajar di Sekolah Menengah (SM) Menglait untuk menceritakan pengalaman dan mencurahkan kata-kata perangsang kepada mereka yang meminati sukan itu.

Kesemua 25 pemain, Jurulatih Steve Kean, Pengurus Kelab Yang Mulia Pengiran Haji Waslimin, para pegawai serta Pengurus Pasukan, Awang Mohammad Ali bin Momin hadir pada sesi bertemu peminat itu, yang juga merupakan inisiatif pertama daripada siri beberapa sesi bertemu peminat yang dirancang oleh DPMM FC sepanjang tahun ini.

Ketika ditemu bual, Awang Mohammad Ali menjelaskan tujuan inisiatif yang mendapat kerjasama dan jemputan pihak pentadbiran SM Menglait itu ialah untuk memberikan galakan kepada para pelajar yang cenderung kepada sukan terutama sukan bola sepak.

Katanya, langkah itu adalah sebagai satu cara bagi mengelakkan pelajar dan remaja di negara ini daripada terjerumus ke dalam kancah dadah dan gejala sosial yang tidak sihat.

“Selain itu, kami juga mengadakannya sebagai satu pendekatan kepada para pemain dan peminat untuk berinteraksi secara spontan dan bertanya-tanya perkara berkaitan bola sepak memandangkan bintang bola sepak sering menjadi ikon dan idola peminat,” katanya.

Pengetua SM Menglait, Awang Mohidin (kiri) ketika menyambut ketibaan Steve Kean dan Pasukan DPMM FC.
Pengetua SM Menglait, Awang Mohidin (kiri) ketika menyambut ketibaan Steve Kean dan Pasukan DPMM FC.
Skuad DPMM FC yang menyertai sesi bertemu peminat memberikan pose gambar ramai kepada wartawan.
Skuad DPMM FC yang menyertai sesi bertemu peminat memberikan pose gambar ramai kepada wartawan.
Steve Kean menyampaikan ucapan semasa melawat SM Menglait untuk sesi bertemu akar umbi peminat bola sepak.
Steve Kean menyampaikan ucapan semasa melawat SM Menglait untuk sesi bertemu akar umbi peminat bola sepak.
Sebahagian daripada pelajar yang menghadiri sesi bertemu dengan skuad DPMM FC.
Sebahagian daripada pelajar yang menghadiri sesi bertemu dengan skuad DPMM FC.
Pengetua Sekolah Menengah Menglait, Awang Mohidin menyampaikan ucapan semasa sesi bertemu pemain DPMM FC.
Pengetua Sekolah Menengah Menglait, Awang Mohidin menyampaikan ucapan semasa sesi bertemu pemain DPMM FC.
Ramazotti menjawab soalan peminat sambil ditemani oleh Awang Mohidin.
Ramazotti menjawab soalan peminat sambil ditemani oleh Awang Mohidin.

pg20_150611_f

Menurut Awang Mohammad Ali lagi, sesi pertemuan seperti itu memberikan manfaat kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pemain dan bersoal jawab mengenai cara mengamalkan cara hidup sihat sebagai pemain.

Para pemain juga dapat berkongsi pengalaman menjalani sesi dan jenis latihan yang diperlukan untuk menjadi pemain yang ampuh serta pilihan makanan yang diperlukan oleh mereka yang sentiasa aktif.

Beliau berkata, lawatan ke sekolah itu adalah lawatan pertama Pasukan DPMM FC bagi tahun ini sambil menambah pasukannya sedang merancang beberapa siri lawatan bertemu pelajar sekolah lain sepanjang tahun ini.

Ditanya apakah persiapan Pasukan DPMM FC bagi menghadapi cabaran kejohanan seterusnya, beliau berkata pada masa ini skuad pimpinannya itu sedang menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Liga Singapura yang dijangka akan melibatkan DPMM FC 19 Jun ini.