DPMM FC, Garena Young Lions sekadar seri 1-1

DPMM FC, Garena Young Lions sekadar seri 1-1

Oleh Adiman HT

SINGAPURA, 19 Jun – Perlawanan tanpa menang DPMM FC berterusan buat kali ketiga berturut-turut selepas Garena Young Lions mengikat pasukan Brunei DPMM FC 1-1 dalam saingan Liga Singapura yang berlangsung di Jalan Besar Stadium, di sini, sebentar tadi.

DPMM FC berada di depan pada minit ke-32 melalui jaringan Rafael Ramazotti dalam serangan yang dirancang bersama Azwan Ali, kedudukan 1-0 kekal hingga ke wisel penamat separuh masa pertama.

Namun keselesaan DPMM FC tidak kekal apabila lawan mula mengatur serangan dan pada minit ke-67 berjaya menyumbat gol melalui Hazim Faiz.

Pemain DPMM FC dan Young Lions bersaing untuk menguasai bola dalam persaingan Liga-S di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam.
Pemain DPMM FC dan Young Lions bersaing untuk menguasai bola dalam persaingan Liga-S di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam.

Ketua jurulatih DPMM FC, Steve Kean membuat perancangan akhir untuk meningkatkan kuasa serangan apabila Shahrazeen Said dimasukkan bagi menggantikan Azwan Ali.

Bagaimanapun, segala rancangan nampaknya tidak berkesan dan peluang untuk membawa pulang tiga mata penuh gagal dan kedua-dua pasukan pulang hanya dengan satu mata.