DPMM FC hampiri gelaran

DPMM FC hampiri gelaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Skuad DPMM FC hanya selangkah lagi akan merangkul gelaran Liga-S Great Eastern selepas membenam Warriors FC 3-1 di Stadium Choa Chu Kang, petang tadi.

Brunei DPMM FC kejar mengejar dengan Tampines Rovers, tetapi kekalahan yang kedua pasukan dari Singapura itu malam sebelum menentang Balestier Khalsa, memberikan kelebihan kepada DPMM FC.

Para pemain Steve Kean sewajarnya mengambil kesempatan kali ini dengan menundukkan juara bertahan itu dengan selesa untuk menjulang trofi buat kali pertama dengan memenangi perlawanan terakhir di laman sendiri dalam masa dua minggu lagi.

Dua kesilapan awal memberikan DPMM FC pendahuluan yang baik selepas 22 minit, di mana jaringan pertama adalah satu kesilapan besar penjaga gol Daniel Ong pada minit kesembilan.

Ramazotti meraikan jaringan semasa menentang Warriors.
Ramazotti meraikan jaringan semasa menentang Warriors.

Pemain berusia 26 tahun itu bergelut dengan Paulo Sergio di luar kotak penalti tetapi pemain dari Portugal itu dengan tenang mara dan berjaya melorongkan bola ke dalam jaring untuk jaringan ke-10 beliau musim ini.

Bekas pemain Sporting berjaya memberikan umpanan 22 minit selepas Emmeric Ong gagal mengawal bola, lantas peluang itu digunakan oleh Rafael Ramazotti dalam sekelip mata untuk menewaskan Daniel.

Gol itu juga jaringan ke-20 pemain Brazil itu musim ini untuk mengatasi jaringan Fazrul Nawaz dengan dua gol. Selepas Paulo Sergio membolosi gawang Warrior FC, Giliran Ramazotti pula menambah jaringan DPMM FC pada minit ke-23.

DPMM FC menambah lagi derita Warrior apabila Boris Raspudic melangkapkan kemenangan pada minit ke-58 dan menjadi gol terakhir perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA