DPMM FC hargai penyokong

DPMM FC hargai penyokong

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – I Lyke Toh Entertainment dengan kerjasama Pengurusan The Mall, Abdul Razak Holdings hari ini mengadakan Majlis DPMM FC Bertemu Peminat di Atrium The Mall Gadong, di sini.

Acara terlebih dahulu dimulakan dengan persembahan Free Style Football oleh Free Style Football ILTE yang diketuai oleh Awang Iskandar bin Haji Abu Bakar sebelum para peminat berpeluang untuk bersemuka dengan hero-hero DPMM FC yang berjaya menjulang Trofi Liga Singapura buat kali pertama.

Sejurus itu, skuad DPMM FC tampil di hadapan peminat yang juga disertai oleh Pengurus Pasukan Awang Mohd Ali bin Haji Momin serta Ketua Jurulatih, Steve Kean.

Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian jersi kemenangan kepada I Lyke Toh Entertainment dan Abdul Razak Holdings.

Para pemain DPMM FC yang turut serta memeriahkan majlis tersebut.
Para pemain DPMM FC yang turut serta memeriahkan majlis tersebut.
Awang Ali bin Haji Momin menyerahkan jersi kejuaraan kepada wakil penganjur acara I Lyke Toh Entertainment.
Awang Ali bin Haji Momin menyerahkan jersi kejuaraan kepada wakil penganjur acara I Lyke Toh Entertainment.
Hos acara Si Beracunz bersama beberapa pemain DPMM FC memeriahkan acara.
Hos acara Si Beracunz bersama beberapa pemain DPMM FC memeriahkan acara.
Penyokong DPMM FC memberikan hadiah kepada Ketua Pasukan, Awang Rosmin.
Penyokong DPMM FC memberikan hadiah kepada Ketua Pasukan, Awang Rosmin.

Suasana majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa pelawak tempatan, Si Bracunz.

Pada majlis itu Awang Mohd Ali turut berpeluang menyampaikan ucapan alu-aluan yang antaranya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyokong yang turun menyaksikan perlawanan sejak awal musim.

Beliau turut mengajak supaya lebih ramai penyokong untuk tampil menyaksikan perlawanan-perlawanan DPMM FC pada musim akan datang setelah adanya pengesahan penyertaan DPMM FC dalam liga Singapura pada tahun 2016.

Awang Rosmin bin Haji Kamis menandatangani baju salah seorang penyokong yang hadir ke majlis itu.
Awang Rosmin bin Haji Kamis menandatangani baju salah seorang penyokong yang hadir ke majlis itu.
Steve Kean menandatangani piala daripada penyokong DPMM FC.
Steve Kean menandatangani piala daripada penyokong DPMM FC.
Sesi autografi dan perjumpaan bersama perminat.
Sesi autografi dan perjumpaan bersama perminat.
Penyokong DPMMFC berkesempatan meminta tandatangan daripada Steve Kean.
Penyokong DPMMFC berkesempatan meminta tandatangan daripada Steve Kean.

Peminat berpeluang mendapatkan tandatangan dan peluang bergambar bersama pemain-pemain yang diminati, di samping itu menyaksikan sendiri telatah pemain dengan lebih dekat.

Setakat ini, DPMM FC telah berjaya merangkul banyak piala termasuk juara dalam Liga Proton Kebangsaan Brunei 2002, Juara Piala Jemputan DPMM FC 2002, Juara Piala Jemputan Brunei 2002, Juara Liga Kebangsaan Brunei 2004, Juara Piala FA Brunei 2004, Juara Piala Datuk Saravanan 2008 (Malaysia), Juara Piala Liga Singapura 2009, 2012 dan 2014.

ARTIKEL YANG SAMA