DPMM FC Junior tewaskan PIP C 3-0

DPMM FC Junior tewaskan PIP C 3-0

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim hari ini berkenan menyertai pasukannya DPMM FC Junior yang menang ke atas Pasukan Projek Ikan Pusu C (PIP C) dengan jaringan 3-0.

Turut menyertai pasukan Yang Teramat Mulia adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez yang turut menyumbang satu jaringan. Perlawanan tersebut berlangsung ketika waktu rehat 15 minit perlawanan di antara Brunei DPMM FC dan Garena Young Lions.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan menyaksikan perlawanan di antara Brunei DPMM FC menentang Garena Young Lions, semalam.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai Pasukan DPMM FC Junior menentang Projek Ikan Pusu C.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai Pasukan DPMM FC Junior menentang Projek Ikan Pusu C.