DPMM FC kekalkan rentak kemenangan

DPMM FC kekalkan rentak kemenangan

Oleh Ali Noh HM

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Brunei DPMM FC mengekalkan rentak kecemerlangan ketika beraksi pada Liga Singapura apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kemenangan dengan membenam Pasukan Tampines Rovers dengan jaringan 2-1 di Jalan Besar Stadium, Singapura, sebentar tadi.

Brunei DPMM FC beraksi dengan penuh gaya dan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-24 melalui jaringan Adi Said sebelum pasukan lawan memberi serangan dengan membalas jaringan pada minit ke-75 melalui sepakan penalti oleh pemain Tampines, Billy Mehmet.

Kemaraan Pasukan Tampines dalam menyamakan kedudukan kedua buah pasukan akhirnya dapat dipecahkan oleh Pasukan Brunei DPMM FC apabila berjaya menyumbat satu lagi gol pada minit ke-86 melalui sepakan Azim Izamuddin, sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan negara dengan keputusan 2-1. Sementara itu, satu lagi perlawanan yang diadakan di Stadium Hougang semalam antara Hougang United FC menentang Warriors FC menyaksikan Pasukan Hougang berjaya membenam Pasukan Warriors dengan jaringan 4-1. Hougang FC membuka jaringan pada minit ke-42 melalui sepakan Iqbal Hamid Hussain, Fumiya Kogure pada minit ke-76 dan dua jaringan dari Jozef Kaplan pada minit ke-90, manakala pihak lawan pula membalas serangan pada minit ke-78 melalui sepakan Hafiz Rahim.

ARTIKEL YANG SAMA