DPMM FC langkah kanan

DPMM FC langkah kanan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Yura Indera Putera menjadi wira Brunei DPMM FC apabila bola muntah daripada penjaga gawang Albirex Niigata FC (S) yang disambarnya menggegarkan gawang pendahulu Liga Singapura itu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, hari ini.

Gerakan yang bermula daripada sepakan sudut pada minit ke-87 itu menyaksikan Ketua Pasukan Albirex, Yosuke Nozawa gagal menepis kemas tandukan penyerang Brunei DPMM FC menyebabkan Yura mengambil peluang untuk menjadikan kedudukan 2 -1 pada wisel penamat perlawanan berkenaan.

Terlebih dahulu pada minit ke-28, Maududi Kasmi dijatuhkan oleh penjaga gol Albirex ketika Maududi hanya berdepan dengan pertahanan terakhir Albirex berkenaan menyebabkan Brunei DPMM FC dihadiahkan sepakan penalti oleh Pengadil, Jansen Foo.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga S antara DPMM FC menentang Albirex Niigata FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang berkesudahan DPMM FC menang 2-1. Turut berangkat ke perlawanan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan menyaksikan perlawanan antara DPMM FC dan Albirex Niigata.

Jaringan pertama Brunei DPMM FC disempurnakan daripada sepakan penalti Rafael Ramazotti meskipun Nozawa hampir sahaja berjaya meneka arah bola namun bola yang disepak penyerang Brunei DPMM FC itu jauh daripada gapaiannya untuk pasukan tuan rumah mendahului perlawanan.

Kedudukan terus kekal 1-0 pada babak pertama namun pada minit ke-51 pertahanan Brunei DPMM FC hilang fokus apabila kekasaran oleh penyerang Albirex di luar petak D Brunei DPMM FC tidak dikira dan membolehkan Rui Kamada terlepas daripada kawalan pertahanan.

Antara aksi DPMM FC pada perlawanan malam semalam.
Antara aksi DPMM FC pada perlawanan malam semalam.

Rui Kamada yang hanya berdepan dengan Wardun Yussof selaku pertahanan terakhir Brunei DPMM FC memanfaatkan peluang untuk meledakkan rembatan kencang ke arah gawang Brunei DPMM FC untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Daripada itu kedua-dua pasukan terus berbalas-balas peluang dan berjaya mencipta peluang untuk menjaringkan gol namun mujur penjaga gol dan pertahanan masing-masing berperanan mengekang serangan sehingga ke minit ke-87 apabila Yura memastikan tiga mata penuh milik Brunei DPMM FC.

ARTIKEL YANG SAMA