DPMM FC MENANG

DPMM FC MENANG

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Azwan Ali Rahman menjadi wira Brunei DPMM FC apabila berjaya menyumbang jaringan dan membantu Rafael Ramazotti menjaringkan gol di dalam perlawanan antara Brunei DPMM FC menentang Warriors FC hari ini.

Brunei DPMM FC menumpaskan pelawat Warriors FC dengan jaringan 3-0 apabila mempamerkan persembahan yang sangat meyakinkan sehingga menghukum pelawat dengan kekalahan yang ketujuh berturut-turut di dalam Liga Singapura 2016 mahupun perebutan Piala Liga tahun 2016 kali ini.

Jaringan pertama Brunei DPMM FC bermula pada gerakan Azwan Ali Rahman di tengah padang yang membawa bola masuk ke tengah menuju ke petak D Warriors sebelum meleretkan bola kepada rakan sepasukannya.

Beliau kemudiannya menyambut bola muntah hasil rembatan serangan Brunei DPMM FC itu untuk menggegarkan gawang Warriors yang dikawal oleh Yazid Yasin dengan ledakan kencang sekali gus membantu Brunei DPMM FC mendahului pelawat.

Pada babak kedua perlawanan pula Azwan Ali Rahman sekali lagi bertindak cemerlang apabila melencongkan sepakan sudut yang tepat menuju kepada Rafael Ramazotti yang menghalakan bola mudah menewaskan penjaga gawang Warriors untuk jaringan kedua Brunei DPMM FC.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Liga S antara DPMM FC dengan Warriors FC, di Stadium Negara  Hassanal Bolkiah, Berakas malam tadi.  Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. – Gambar oleh Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Liga S antara DPMM FC dengan Warriors FC, di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas malam tadi.
Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. – Gambar oleh Infofoto

pg01_160820_b

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bolasepak Liga S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi. – Gambar oleh Khairil Hassan
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bolasepak Liga S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi. – Gambar oleh Khairil Hassan

Seminit sebelum masa penuh Paulo Sergio yang baru kembali ke padang setelah penggantung tiga perlawanan hari ini membalas rindunya untuk menjaringkan gol apabila memanfaatkan hantaran pendek Aminuddin Zakwan untuk menyimpul kemenangan Brunei DPMM FC dengan jaringan 3-0.

Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean ketika ditemui selepas perlawanan menyatakan rasa berbesar hati dan berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak didiknya dan menurutnya kelebihan pada babak pertama memberikan beliau gambaran yang lebih jelas akan kelemahan Warriors FC.

“Melihat kepada kelonggaran pertahanan pihak lawan kami merangka strategi di babak kedua dan ternyata perancangan yang dibuat dilaksanakan dengan baik oleh semua pemain baik di bahagian depan mahupun di sebelah pertahanan.

Beliau turut memuji persembahan Azwan Ali Rahman meskipun katanya beliau mengalami sedikit kecederaan buku lali namun kehadirannya dalam kesebelasan utama memberikan impak yang positif terutama dalam mengucar-ngacirkan pertahanan Warriors FC.

Selain daripada itu beliau turut gembira dengan bantuan Aminuddin Zakwan terutama pada minit-minit akhir selepas beliau menggantikan Azwan Ali Rahman untuk membuka pertahanan dan sekali gus memberikan peluang kepada Sergio menambahkan kisah duka Warriors FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

“Meskipun bahagian tengah pasukan cuba membiasakan dengan ketiadaan Ketua Pasukan Rosmin Kamis yang bertindak di bahagian pertahan bersama Yura Indera Putera dan Brian Mclean pada saya semua komponen Brunei DPMM FC jelas efektif dalam kedua-dua aspek serangan mahupun pertahanan” ujar kean lagi.