DPMM FC menunggu lagi

DPMM FC menunggu lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Kalau bukan kerana kemenangan 1-0 Tampines Rovers FC ke atas Albirex Niigata FC di Jurong East Stadium, Singapura sebentar tadi, DPMM FC sudah tentu muncul sebagai juara Liga-S musim ini.

Tampines sekarang hanya dua mata di belakang DPMM FC yang mengumpul 49 mata selepas 26 perlawanan, dan masing-masing masih ada baki satu lagi perlawanan.

Tampines akan menentang Harimau Muda, manakala DPMM FC pula akan menentang Balestier Khalsa di Bandar Seri Begawan, Sabtu depan dan perlu menang untuk menjamin trofi Liga-S dibawa pulang ke Brunei.

Ramazotti meraikan jaringan dalam salah satu aksi Liga-S musim ini. DPMM terpaksa menunggu lagi untuk menjulang trofi juara selepas Tampines Rovers menang 1-0 ke atas Albirex Niigata, petang tadi.
Ramazotti meraikan jaringan dalam salah satu aksi Liga-S musim ini. DPMM terpaksa menunggu lagi untuk menjulang trofi juara selepas Tampines Rovers menang 1-0 ke atas Albirex Niigata, petang tadi.

Sekiranya DPMM FC seri dan Tampines menang dalam perlawanan seterusnya, bermakna juara musim ini akan ditentukan dengan perbezaan gol.

Jaringan tunggal perlawanan malam tadi dihasilkan oleh bekas pemain DPMM FC, Rodrigo Antonio Tossi pada minit ke-54.