DPMM FC perlu harungi cabaran hebat

DPMM FC perlu harungi cabaran hebat

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Brunei DPMM FC akan menentang Hougang United FC, Warriors FC dan Tampines Rovers FC dalam Kumpulan A dalam saingan Piala Liga Singapura tahun ini.

Selaku pasukan yang pernah menjulang piala itu tiga kali sebelum ini Brunei DPMM FC setakat ini melalui kempen yang hambar terutama dalam mempertahankan kejuaraan pada tahun lalu dan jatuh ke tangga kelima Liga Singapura.

Namun begitu, Ketua Jurulatih, Steve Kean mempunyai perspektif yang berbeza terhadap rebutan Piala Liga Singapura apatah lagi apabila saingan rapatnya iaitu juara bertahan piala berkenaan Albirex Niigata pula di tempatkan dalam Kumpulan B bersama Geylang International FC, Balestier Khalsa dan Home United FC.

Albirex setakat ini menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dan pastinya persembahan yang sama akan dibuat bagi mempertahankan kejuaraan tahun lalu daripada dirampas lawan.

Majlis pengundian yang berlangsung baru-baru ini itu di Kota Singapura dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Singapura, Lim Chin.