DPMM FC pesta gol

DPMM FC pesta gol

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Brunei DPMM FC membuka tirai kejohanan Piala Liga Singapura kali ini dengan kemenangan penuh bergaya apabila membenam Pasukan Warriors dengan jaringan 4-0 di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Paolo Sergio membuka tirai jaringan pada minit ke-62 sebelum Adi Said menambah jaringan pada minit ke-68.

Selang 10 minit kemudian, Pasukan DPMM FC mengukuhkan lagi kedudukan dengan jaringan berganda yang dihasilkan oleh Rafael Ramazotti pada minit ke-68 dan pada waktu kecederaan.

Rafael Ramazotti ketika bersaing di udara dalam perlawanan menentang Pasukan Warriors hari ini. – Gambar Brunei DPMM FC
Rafael Ramazotti ketika bersaing di udara dalam perlawanan menentang Pasukan Warriors hari ini. – Gambar Brunei DPMM FC

Kemenangan kali ini merupakan yang ke-11 di dalam 19 pertemuan sebelum Brunei DPMM FC berhadapan Hougang FC pada 17 Julai nanti dan Tampines Rovers FC pada 21 Julai sedikit masa lagi.

Kini Brunei DPMM FC berada di tangga teratas Kumpulan A di hadapan Pasukan Tampines Rovers

yang berada di tempat kedua, diikuti oleh Pasukan Hougang dan Warriors, masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

ARTIKEL YANG SAMA