DPMM FC TAMPIL LEBIH MENYENGAT

DPMM FC TAMPIL LEBIH MENYENGAT

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI EBGAWAN, 12 Julai – Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean (gambar bawah) menamakan kesebelasan utama dalam perlawanan ketika berjaya membenam pasukan Ceres la Salle, baru-baru ini sebagai gandingan yang terbaik.

Beliau ketika ditemui mengulas mengenai penyertaan pasukan Brunei DPMM FC di dalam kejohanan Piala Liga Singapura semalam di Stadium Mini Jerudong dan menegaskan jika pemain dapat meneruskan prestasi berkenaan pastinya mereka akan terus berjaya dan mengakui Ceres merupakan pasukan yang kuat untuk ditandingi.

“Namun kini kita perlu memberikan perhatian kepada perlawanan menentang Warriors esok kerana saya yakin di bawah jurulatih Razif Onn pasukan itu akan mempamerkan corak permanian yang lebih cenderung kepada serangan,” ujar Kean lagi.

Menurutnya anak buahnya boleh mengekalkan corak permain tanpa bolos untuk menentang Warriors, namun mereka juga boleh menjadi ancaman besar berbanding sebelum ini di bawah bimbingan jurulatih yang baru.

p24-1_20160713

Mengulas mengenai perancangan perlawanan esok, menurutnya Adi dan Shahrazen menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dan kehadiran semula Paulo Sergio dan kebolehan Rafael Ramazotti untuk menjaringkan gol Brunei DPMM FC pasti akan berjaya.

Menurutnya lagi Brunei DPMM FC setakat ini menunjukkan permainan yang baik dan keputusan ketika menentang Ceres banyak memulihkan semangat para pemain dan padanya kekalahan dan kegagalan sebelum ini pasti membuatkan mereka lebih giat memperbaiki keadaan.

“Tampines Rovers adalah pasukan yang perlu dikalahkan dan kita bernasib baik untuk menentang Warriors terlebih dahulu kerana perlawanan itu berperanan sebagai pengukur dan penyuntik semangat para pemain dalam kejohanan ini” ujarnya.

Namun beliau tidak mahu memikirkan pasukan Tampines sebelum menewaskan Warriors kerana itu adalah fokus utama katanya sebelum menambah bahawa perlawanan menentang Hougang selepas ini juga penting.

“Perlawanan seterusnya adalah keutamaan dan perlawanan seterusnya akan menyusuli selepas itu sebagi perkara yang perlu di fikirkan dan untuk tujuan itu kita perlu menang menentang Warriors besok,” tambahnya.

Dalam lima pertemuan terakhir, Brunei DPMM FC seri sekali menentang Warriors pada Mei 2016 di dalam Kejohanan Liga Singapura dan menang empat kali pada Februari 2016, November 2015, Ogos 2015 dan April 2015.

Berdasarkan kepada rekod Brunei DPMM FC mempunyai kelebihan dengan menang 10 daripada 18 pertemuan sebelum ini dan ia termasuk perlawanan yang terakhir di Jalan Besar pada April lalu dengan kedudukan 3-1 hasil jaringan Ramazotti dan Paulo Sergio.

Selain daripada itu kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di dalam perlawanan akhir Piala Liga tahun 2009 yang berpihak kepada Brunei DPMM FC dan setakat ini Warriors belum pernah memenangi mana-mana kejuaraan dalam Piala Liga.

ARTIKEL YANG SAMA