DPMM FC tekad tingkatkan usaha

DPMM FC tekad tingkatkan usaha

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean menegaskan pasukan dan anak didiknya mula menunjukkan peningkatan berbanding beberapa perlawanan yang lalu.

Beliau mengulas perkara itu selepas perlawanan menentang Pasukan Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar baru-baru ini yang berkesudahan 4-3 berpihak kepada Tampines Rovers.

“Meskipun kami tewas 4 – 3, kami cukup lega dengan corak persembahan yang ditunjukkan,” ujar Steve.

Beliau juga menjelaskan bahawa perlawanan kali ini menunjukkan peningkatan berbanding pada perlawanan sebelumnya.

“Pada perlawanan kali ini kami melihat peningkatan yang sangat memberangsangkan terutama di bahagian serangan dan ia selaras dengan hasrat dan sasaran yang kami buat ketika latihan minggu lepas,” tegasnya kepada media.

Aksi ketika perlawanan Brunei DPMM FC menentang Tampines Rovers baru-baru ini. – S-League
Aksi ketika perlawanan Brunei DPMM FC menentang Tampines Rovers baru-baru ini. – S-League

Menurutnya, mungkin sahaja anak didiknya kurang bertahan untuk membolehkan bekas bintang Liverpool FC, Jeramaine Pennant untuk menembusi gawang pada minit ke-79 perlawanan.

“Sememangnya untuk meraih gelaran bukan misi mudah namun kami sangat teruja untuk memulakan persaingan dalam perebutan piala yang bakal dihadapi sedikit masa lagi,” ujar Steve lagi.

Kean menegaskan anak didiknya layak untuk memenangi perlawanan namun beberapa perlu diperbaiki sedikit.

ARTIKEL YANG SAMA