DPMM mara ke final Piala Liga

DPMM mara ke final Piala Liga

Oleh Ali Noh HM

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Brunei DPMM FC mara ke final Piala Liga 2016 selepas berjaya membenam Pasukan Home United dengan jaringan 1-0 pada perlawanan yang diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Brunei DPMM FC meneruskan rentak kecemerlangannya tanpa kalah dengan beraksi penuh bergaya untuk memperolehi mata penuh dalam perlawanan tersebut selepas menjaringkan gol tunggal hasil jaringan Rafael Ramazotti pada minit ke-27.

Sementara itu, pada perlawanan berasingan yang diadakan di Stadium Jurong East pula menyaksikan Pasukan Albirex Niigata FC menang besar ke atas Pasukan Tampines Rovers FC dengan jaringan 4-0. Pada perlawanan tersebut, Atsushi Kawata daripada Albirex Niigata FC beraksi cemerlang selepas melakukan jaringan hatrik tiga kali pada minit ke-32, 67 dan 73, sebelum Tatsuro Inui mencetak satu lagi gol pada minit ke-87, sekali gus melayakkan mereka ke peringkat akhir menentang Pasukan Brunei DPMM FC.