DPMM menerima mengadap ketua-ketua perwakilan

DPMM menerima mengadap ketua-ketua perwakilan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezaan, pagi tadi.

Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.

Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani.
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.

Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac 2016.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.

Tuan Yang Terutama sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Bertugas di Kementerian Luar Negeri Thailand. Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac 2016.

ARTIKEL YANG SAMA