DPMM menerima mengadap Menteri S’pura

DPMM menerima mengadap Menteri S’pura

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, hari ini, telah berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan dan isteri, Puan Joy Balakrishnan.

Tuan Yang Terutama dan isteri berada di Negara Brunei Darussalam bagi rangka lawatan pengenalan setelah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura awal Oktober lalu.

Turut hadir di majlis mengadap yang berlangsung di Qashr Al-Meezan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap TYT Dr. Vivian dan isteri, Puan Joy Balakrishnan. - Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap TYT Dr. Vivian dan isteri, Puan Joy Balakrishnan. – Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA