DPMM menerima mengadap TPM Singapura

DPMM menerima mengadap TPM Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pagi ini berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Koordinasi bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean. Majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Turut berangkat ke majlis mengadap itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Di majlis mengadap, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean diiringi oleh Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu; Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Kewangan, Puan Yang Terutama Indranee Rajah; Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Kewangan, dan Kementerian Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Puan Yang Terutama Sim Ann; Menteri Negara bagi Kementerian Perhubungan dan Penerangan, dan Kementerian Kesihatan, Tuan Yang Terutama Chee Hong Tat; dan Pesuruhjaya Tinggi, Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap TPM Singapura. – Infofoto
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap TPM Singapura. – Infofoto

Juga berangkat hadir Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Chateria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Juga hadir Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Sejurus selepas majlis mengadap Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota juga berkenan meraikan ketibaan Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dengan majlis santap tengah hari.

Berangkat sama di majlis santap itu ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. Juga berangkat hadir Yang Amat Mulia Pengiran Lela Chateria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. Juga hadir beberapa orang Menteri Kabinet, Yang Berhormat Peguam Negara serta beberapa orang timbalan menteri.

ARTIKEL YANG SAMA