DPMM raikan Naib Presiden India

DPMM raikan Naib Presiden India

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pagi tadi berkenan menerima mengadap Naib Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari dan isteri, Puan Salma Ansari, di Qashr Al-Meezaan.

Selepas majlis mengadap, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri kemudiannya meraikan Naib Presiden Republik India dan Isteri dengan Majlis Santap Tengah Hari sempena lawatan Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam, yang diadakan di Qashr Al-Meezan.

Berangkat sama di Majlis Santap Tengah Hari tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Mengiringi Naib Presiden Republik India dan isteri ke Majlis Santap Tengah Hari tersebut ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri Republik India, Haribhai Parathibhai; beberapa orang ahli Parlimen Republik India; serta Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohammed Mallick.

pg03_160203_a

DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa meraikan Naib Presiden India dan isteri di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa meraikan Naib Presiden India dan isteri di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.

Turut berangkat hadir di Majlis Santap Tengah Hari tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; dan Setiausaha-setiausaha Tetap.

Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari dan isteri berserta delegasi tiba di negara ini kelmarin bagi lawatan kerja selama tiga hari.

ARTIKEL YANG SAMA