DPMM terima mengadap

DPMM terima mengadap

Gambar Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat yang baru dilantik Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali dan isteri, Datin Hajah Rafiah binti Mohd Arif.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr AI-Meezaan.

Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Belgium. Beliau telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Januari 2016.

DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Brunei.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima mengadap Duta Besar Brunei Darussalam ke AS.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima mengadap Duta Besar Brunei Darussalam ke AS.

Duli Yang Teramat Mulia juga pagi tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam yang akan menamatkan perkhidmatannya.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan majlis Baginda Sultan pada 25 Jun 2012.

ARTIKEL YANG SAMA