DPMM terima mengadap Timbalan Menteri Rusia

DPMM terima mengadap Timbalan Menteri Rusia

Gambar Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan menerima mengadap Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi, Persekutuan Rusia, Alexey Vedev.

Beliau berada di negara ini dalam rangka lawatan selama dua hari.

pg03_160420_a

Mengiringi beliau pada majlis mengadap tersebut ialah Pengarah Jabatan Asia, Afrika dan Amerika Latin, Kementerian Pembangunan Ekonomi, Evgney Popov. Turut hadir ialah Duta Besar Rusia ke Brunei Darussalam, Vladlen Stanislavovich Semivolos.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

ARTIKEL YANG SAMA