DPPW berangkat ke Kuwait

DPPW berangkat ke Kuwait

Oleh Muiz Matdani

 

pg01_150525_a

pg01_150525_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, hari ini berangkat ke Kuwait City, Kuwait.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ke Kuwait adalah untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC sesi ke-42 bermula 27-28 Mei 2015.

Hadir mengucapkan selamat berlepas, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador at Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.