DPPW berangkat tiba di Kuwait

DPPW berangkat tiba di Kuwait

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, hari ini berangkat tiba di Bandaraya Kuwait, Kuwait di mana Duli Yang Teramat Mulia akan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar OIC sesi ke-42 pada 27-28 Mei.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Amiri Terminal telah dijunjung oleh Pemangku Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Asia, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Musa’ed Saleh Al-Thuwaikh. Turut berada di terminal tersebut ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Kuwait, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Mustapa Pengiran Haji Aliuddin.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berangkat tiba di Amiri Terminal. - Gambar Infofoto.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berangkat tiba di Amiri Terminal. – Gambar Infofoto.

ARTIKEL YANG SAMA