DPPW pengerusikan Persidangan Pasca AMM ASEAN-India

DPPW pengerusikan Persidangan Pasca AMM ASEAN-India

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan petang ini mempengerusikan bersama Persidangan Pasca Menteri ASEAN-India bersama Menteri Luar India, Jeneral (B) Vijay Kumar Singh di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).

Duli Yang Teramat Mulia pada sebelah pagi menghadiri Persidangan Pasca Menteri ASEAN-Jepun dan ASEAN-Amerika Syarikat.

Duli Yang Teramat Mulia juga mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar China, Wang Yi dan Menteri Luar Norway, Borge Brende di PWTC.

Sementara itu Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berangkat menghadiri Program Isteri-isteri dengan membuat lawatan ke Muzium Kesenian Islam.

pg12_150806_b

Duli Yang Teramat Mulia dan menteri-menteri luar ASEAN berangkat menghadiri mesyuarat ASEAN-Jepun. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia dan menteri-menteri luar ASEAN berangkat menghadiri mesyuarat ASEAN-Jepun. – Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bersama isteri-isteri Menteri Luar ASEAN lainnya menyaksikan kerabu yang sudah siap dalam demonstrasi oleh Cef Datuk Ismail Ahmad (tiada dalam gambar) ketika lawatan ke menara Kuala Lumpur hari ini. –Bernama
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bersama isteri-isteri Menteri Luar ASEAN lainnya menyaksikan kerabu yang sudah siap dalam demonstrasi oleh Cef Datuk Ismail Ahmad (tiada dalam gambar) ketika lawatan ke menara Kuala Lumpur hari ini. – Bernama

Pada sebelah malamnya pula, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia menghadiri Malam Gala bagi menteri-menteri serta isteri masing-masing yang diberikan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah bin Haji Aman.