Dr. Haji Japar dilantik Timbalan Mufti Kerajaan

Dr. Haji Japar dilantik Timbalan Mufti Kerajaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Baginda Sultan telah mengurniakan titah perkenan bagi Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain, Ketua Pegawai Istinbat, dilantik menjadi Timbalan Mufti Kerajaan. Tarikh pelantikan tersebut berkuatkuasa mulai Khamis 1 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA