Dr. Mahathir beransur sembuh

Dr. Mahathir beransur sembuh

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana jangkitan paru-paru beransur sembuh dengan baik.

Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan berkata, Dr Mahathir terus memberi respons baik kepada rawatan.

“Selain fisioterapi, Dr Mahathir juga menjalani latihan fizikal rutin dan para doktor berpuas hati dengan perkembangannya,” kata kenyataan itu.

Dr Mahathir, 91, dimasukkan ke wad biasa dan berdasarkan nasihat pasukan perubatan, lawatan hanya terhad untuk ahli keluarga rapat sahaja, kata kenyataan itu.

Pada 1989, Dr Mahathir mengalami serangan jantung dan menjalani pembedahan pintasan koronari di IJN.

Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan yang kedua pada 2007.

Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan kerana jangkitan paru-paru. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA