Dr Mahathir gesa tamat skandal 1MDB

Dr Mahathir gesa tamat skandal 1MDB

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa orang pemimpin parti memerintah hari ini bersama-sama menuntut resolusi kepada skandal dana kerajaan 1MDB dan menyelar tindakan terhadap pertentangan pendapat, yang menunjukkan perpecahan dalam parti campuran.

Beliau secara terbuka menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan berhubung dakwaan rasuah di 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan dalam memperlihatkan perpaduan terbuka yang luar biasa, Mahathir dan timbalan perdana menteri yang telah disingkirkan dari jawatannya, Muhyiddin Yassin mengadakan sidang akhbar untuk melahirkan kebimbangan mereka.

Suara-suara sumbang dari dalam parti memerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) segera didiamkan dalam rombakan kabinet bulan Julai yang menyingkirkan para pengkritik Najib, termasuklah Muhyiddin.

Bekas anggota kanan UMNO, Khairuddin Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang, secara rasmi didakwa hari ini dengan tuduhan percubaan mensabotaj perbankan dan sistem kewangan Malaysia.

Khairuddin menggesa pihak berkuasa penguat kuasa undang-undang AS supaya menyiasat skandal 1MDB. Mahathir dan para pemimpin lain UMNO menggesa kedua-dua mereka itu dibebaskan.

“Kami melihat suasana kebimbangan dalam kalangan orang ramai,” Mahathir memberitahu para pemberita.

“Kerajaan kini mentakrifkan undang-undang mengikut keperluan mereka sendiri. Kami di sini untuk memperlihatkan bahawa kami menentang penyalahgunaan undang-undang di negara kita.”

Juga hadir pada sidang akhbar ialah naib presiden parti Shafie Apdal, juga dipecat sebagai menteri, dan juga anggota lama parti Tengku Razaleigh Hamzah dan Sanusi Junid.

Najib, yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, menjadi tumpuan keributan politik berhubung dakwaan rasuah dan salah pengurusan dana itu.

Skandal itu mencecah tahap krisis pada bulan Julai lalu apabila laporan media mengatakan para penyiasat yang menyiasat IMDB mendapati hampir $700 juta dolar telah dipindahkan ke dalam akaun bank perdana menteri. Najib menafikan mengambil mana-mana wang itu bagi keuntungan peribadi.

Muhyiddin, yang masih timbalan presiden UMNO, berkata parti itu tidak boleh dilihat sebagai tidak mengambil peduli. UMNO mempunyai budaya tertentu, kita cenderung menahan perasaan sendiri. Apa yang saya minta ialah mereka lebih penuhi perasaan melalui banyak platform. Jangan takut jika apa yang anda lakukan adalah betul, ujarnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA