Dr. Mahathir keluar UMNO lagi

Dr. Mahathir keluar UMNO lagi

PUTRAJAYA, 29 Feb (Bernama) – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO sekali lagi.

Bekas perdana menteri dan presiden UMNO itu membuat pengumuman tersebut dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr. Mahathir, 90, pernah keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 kerana dilaporkan tidak yakin dengan kepimpinan perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beliau keluar daripada UMNO kepada wartawan pada sidang media di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam. – Bernama
Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beliau keluar daripada UMNO kepada wartawan pada sidang media di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam. – Bernama