Draf undang-undang perusahaan baru 2017

Draf undang-undang perusahaan baru 2017

HAVANA, 11 Jun (Agensi) – Cuba menjangka mengumumkan satu undang-undang perusahaan baru pada 2017, sejajar dengan pembaharuan ekonomi yang dilancarkan empat tahun lalu, lapor Agensi Berita Cuba.

Undang-undang baru itu akan “mengumpul bersama prinsip, ciri-ciri dan syarat-syarat operasi syarikat,” Grisel Trista Arbesu, pegawau dengan Suruhanjaya Tetap untuk Pelaksanaan dan Pembangunan Garis Panduan Cuba, badan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan pembaharuan, dipetik sebagai berkata.

Tahun 2015 “adalah tahun pertama untuk melihat penumpuan kesemua langkah-langkah yang diluluskan untuk memberikan firma sosialis lebih banyak autonomi dan keupayaan dalam usaha mencari kecekapan dan produktiviti yang lebih,” kata beliau pada penutup bengkel mengenai “Cabaran Ekonomi Cuba” dua hari yang diadakan di Havana.

Di antara perubahan berkenaan, yang paling penting adalah “memisahkan fungsi kerajaan daripada perniagaan,” beritahunya pada bengkel yang menarik 645 pakar, pengurus dan akademik dari seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA