Drama bersiri Ramadan dihidupkan semula

Drama bersiri Ramadan dihidupkan semula

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Sepanjang bulan Ramadan ini, Rangkaian Radio Nasional FM (92.3/93.8 FM) akan menyiarkan drama bersiri bertajuk ‘Keluarga Ka Naim’ sebanyak 16 siri, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 2.05 petang dan 10.45 malam.

Barisan para pelakon yang menjayakan drama bersiri Ramadan itu terdiri daripada, Haji Sufri bin Haji Omar sebagai Ka Naim; Hajah Aminah binti Haji Jaafar sebagai Bu Leha; Dayang Siti Aliza binti Haji Bagol sebagai Balqis; Abdul Malek bin Haji Metarsat sebagai Sahari; Roszainah bin Haji Rosman sebagai Norsila; Haji Hassan bin Haji Zulkifli sebagai Sabtu dan Ibnu Waie bin Samsudin sebagai Adik Ajidin. Skrip drama tersebut ditulis oleh Haji Mohammad bin Haji Timbang dan Penerbitnya ini ialah Dayang Fidelia Zurianie binti Haji Bujang.

Drama bersiri Ramadan ini yang pernah popular suatu ketika dahulu, dihidupkan kembali pada tahun ini dengan rakaman baru.

Rakaman lakonan dijalankan didalam drama bersiri Ramadan Keluarga ka Naim.
Rakaman lakonan dijalankan didalam drama bersiri Ramadan Keluarga ka Naim.
Para pelakon yang menjayakan watak-watak dalam drama Ramadhan bersiri Keluarga Ka Naim bersama penerbit drama Dayang Fidella Zurianie.
Para pelakon yang menjayakan watak-watak dalam drama Ramadhan bersiri Keluarga Ka Naim bersama penerbit drama Dayang Fidella Zurianie.

ARTIKEL YANG SAMA