Draxler sarun...

Draxler sarung jersi PSG

PARIS, 4 Jan – Pemain antarabangsa Jerman Julian Draxler telah menyertai Paris Saint Germain dari Wolfsburg dengan persetujuan kontrak empat tahun, kata kelab dari Perancis itu semalam.

Pemain midfield berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak yang dilaporkan bernilai antara 36 hingga 40 juta euro (AS$37.5 juta) yang akan mengekalkannya di kelab teratas Perancis itu sehingga akhir Jun 2021.

Draxler, sebahagian pemain dari pasukan Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014, berkata dia berbangga menyertai juara Perancis itu, sekali gus menamatkan perbalahan di kelab Jerman.

“Saya akan meneroka negara baru, kejuaraan baru, berbangga untuk berada pada peringkat baru ini dan menjadi sebahagian daripada kelab yang menjadi rujukan di Eropah dan bersama ramai pemain yang hebat sejak beberapa tahun,” demikian kata Draxler dalam satu kenyataan kelab berkenaan.

Draxler tidak selesa di Wolfsburg dan terlibat dalam perbalahan tahun lepas apabila dia mengumumkan secara terbuka mahu keluar sehingga mencetuskan jurulatih Valerien Ismael untuk berkata pemain itu menyemai ‘kekeliruan’ dalam pasukan.

Gambar fail 11 Oktober 2016 di Hanover menunjukkan Draxler (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Ireland Utara untuk kelayakan Piala Dunia 2018. – AP
Gambar fail 11 Oktober 2016 di Hanover menunjukkan Draxler (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Ireland Utara untuk kelayakan Piala Dunia 2018. – AP

Draxler adalah pembelian pertama PSG dalam jendela perpindahan bulan Januari ketika kelab itu berusaha mengukuhkan skuad selepas permulaan mengecewakan musim ini dan menjelang pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada 14 Februari dan 8 Mac depan.

Draxler membuat kemunculan dalam persaingan Bundesliga pada usia 17 tahun bagi pasukan Schalke 04 dan menjadi penjaring terbanyak paling muda bagi pasukan kebangsaan, menentang Kazakhstan pada Jun 2013, dan pemain muda yang menjadi kapten pasukan Jerman pada tahun berikutnya menentang Poland dalam aksi pemanasan Piala Dunia pada usia 20 tahun. – AFP