Draxler sarung jersi Wolfsburg

Draxler sarung jersi Wolfsburg

BERLIN, 2 Sept (Reuters) – Pemain kebangsaan Jerman, Julian Draxler meninggalkan kelab kampung halamannya Schalke 04 selepas 14 tahun untuk menyertai VfL Wolfsburg dengan kontrak lima tahun dan rekod perpindahan bagi kelab lembah Ruhr itu, umum pengarah sukan Schalke, Horst Heldt kelmarin.

Pemain berbakat berusia 21 tahun yang memenangi Piala Dunia itu, yang sudah lama menjadi sasaran kelab Itali, Juventus, muncul pemain termahal pernah berpindah dari Schalke dengan harga 35 juta euro, menurut laporan media.

“Ada dua alasan kenapa kami bersetuju dengan perjanjian ini,” kata Heldt. “Kami tidak mahu memberi komen mengenai butiran perpindahan.

“Bagaimanapun, kami boleh menyatakan ia perpindahan dengan pendapatan terbesar diraih dalam sejarah kelab kami. Kami juga menerima permintaan Julian untuk berpindah kelab.”

Julian Draxler (tengah) bergambar bersama pengarah sukan Wolfsburg Klaus Allofs (kiri) dan jurulatih kelab (kanan) di Volkswagen-Arena Wolfsburg, semalam. – AFP
Julian Draxler (tengah) bergambar bersama pengarah sukan Wolfsburg Klaus Allofs (kiri) dan jurulatih kelab (kanan) di Volkswagen-Arena Wolfsburg, semalam. – AFP

Pemain tengah itu menyertai pasukan remaja Schalke pada 2001 dan melakukan penampilan sulung pada usia 17 tahun pada 2011, bermain 119 perlawanan Bundesliga dan menjaringkan 18 gol.

Wolfsburg, yang mempunyai banyak wang selepas menjual Kevin De Bruyne dengan harga 75 juta euro) kepada Manchester City dan Ivan Perisic kepada Inter Milan dengan harga 20 juta euro, turut membawa masuk pertahanan tengah Dante dari Bayern Munich ketika mereka bersiap sedia menghadapi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

ARTIKEL YANG SAMA