Draxler tidak tinggalkan Wolf

Draxler tidak tinggalkan Wolf

Germany v Slovakia - Round of 16: UEFA Euro 2016

BERLIN, 5 Ogos – VfL Wolfsburg berkata pemain sayap mereka, Julian Draxler tidak akan dijual dalam jendela pertukaran sekarang, biarpun pemain antarabangsa Jerman itu memberitahu bos kelab dia mahu keluar.

“VfL Wolfsburg tidak akan menukar Julian Draxler dalam jendela pertukaran sekarang,” kata kelab Bundesliga dalam kenyataan. “Dalam mesyuarat, Wolfsburg sekali lagi menjelaskan kepada Julian Draxler bahawa mereka tidak akan dapat memenuhi permintaan perukarannya.”

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Wolfsburg pada Ogos lalu bagi pertukaran 35 juta euro (AS$39 juta) dari Schalke. Tetapi 12 bulan kemudian, dan masih empat tahun dalam kontraknya, Draxler menjelaskan dalam temubual dengan harian Jerman, Bild, minggu ini dia mahu keluar. Dia dikaitkan kepada kelab Arsenal dan Juventus, tetapi tidak dibenarkan untuk berpindah sebelum berakhirnya jendela perpindahan pada 31 Ogos.

Dalam temubual Bild, Draxler juga menyelar jurulatih, Dieter Hecking dan pengarah sukan, Klaus Allofs kerana tidak bercakap dengannya sebelum memberitahu media dia akan kekal.

Tetapi selepas perbincangan pada Rabu lalu, Hecking berkata dia mengharapkan Draxler untuk kekal sebelum Wolfsburg memulakan musim Liga Jerman di Augsburg pada 27 Ogos.

“Kami mempunyai perbincangan yang membina dan bijak, juga dari pihak Julian,” Hecking memberitahu Sky. “Saya perlu menyatakan bahawa dia begitu professional sepanjang perbincangan dan kami mengharapkannya untuk terus professional.”

Setelah mara ke suku akhir dalam kemunculan Liga Juara-Juara mereka musim lalu, Wolfsburg belum layak bagi Liga Europa tahun ini.

Dengan pemain pertahanan mereka dari Brazil, Naldo menyertai Schalke, pemain sayap dari Jerman, Andre Schuerrle bertukar kepada pemain Borussia Dortmund dan pemain penyerang Max Kruse menandatangani bagi Werder Bremen, Wolfsburg tidak lagi mahu menghadapi kehilangan nama besar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA