Dreamliner 787 pertama Vietnam Airlines

Dreamliner 787 pertama Vietnam Airlines

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) – Boeing Co dijadual menyerahkan pesawat 787 Dreamliner pertamanya kepada Vietnam Airlines akhir bulan ini, susulan kerjasama dalam penggantian pesawat dan pengembangannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Boeing berkata ia menawarkan lapan 787-10 Dreamliners dan lapan 777-8Xs, kepada syarikat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes Ray Conner berkata syarikat itu bangga untuk meraikan pesawat 787 Dreamliner pertama Vietnam Airlines, dan akan terus menyediakan pesawat terbaik di dunia.

“Saya gembira memperkenalkan Boeing 787 Dreamliner pertama Vietnam Airlines, menandakan permulaan 19 pesawat baharu untuk memperluas kumpulan pesawat dan operasinya.

Pesawat Dreamliner 787 Vietnam Airlines mendarat selepas pameran penerbangan di Paris. – Reuters
Pesawat Dreamliner 787 Vietnam Airlines mendarat selepas pameran penerbangan di Paris. – Reuters

“Saya yakin menerusi pesawat canggih, mesra alam, dilengkapi ciri-ciri keselamatan pelanggan dan mudah, 787 akan menawarkan Vietnam Airlines pengalaman dan kualiti perkhidmatan yang baharu,” kata Pengerusi Vietnam Airlines Dr Pham Viet Thanh.

Vietnam Airlines, syarikat penerbangan negara Vietnam, mengendalikan lebih 360 penerbangan setiap hari menggunakan pesawat baharu dan moden.

Syarikat penerbangan itu yang beribu pejabat di Hanoi, akan terus menambah kumpulan pesawatnya dengan pesawat baharu dan moden seperti Boeing 787 Dreamliner.