Drinkwater masih menanti kontrak Leicester

Drinkwater masih menanti kontrak Leicester

STEGERSBACH, Austria, 17 Julai – Pemain tengah Leicester City, Danny mengakui dia masih menantikan kontrak baru sekali pun juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah sah mengikat pemain bintang lain.

Pemain berumur 26 tahun dari England yang memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab itu pada musim lalu menyaksikan tawaran sudah diberikan kepada trio utama – Jamie Vardy, N’Golo Kante dan Riyad Mahrez.

Vardy sudah menandatangani kontrak empat tahun – kontrak baru kedua pada tahun lalu – selepas menolak perpindahan ke Arsenal dan Drinkwater berkata dia juga mahu terus memberi komitmen dalam masa depannya kepada kelab itu.

“Saya tidak mahu mengejar kelab ini,” kata Drinkwater. “Ia terpulang kepada mereka untuk menghampiri saya.

“Saya gembira untuk terus memberi komitmen tetapi saya hanya mahu bermain bola sepak.

Danny masih menantikan kontrak baru sekali pun juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah sah mengikat pemain bintang lain. - AFP
Danny masih menantikan kontrak baru sekali pun juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah sah mengikat pemain bintang lain. – AFP

“Saya masih mempunyai baki dua tahun dalam kontrak saya, jadi ia bukanlah segala-galanya dan bukanlah pengakhiran jika saya tidak menandatangani kontrak baru dalam beberapa minggu ini.

“Saya masih di bawah kontrak, jadi saya tidak boleh bercakap terlalu banyak tetapi saya masih pemain Leicester City pada ketika ini.

“Ia bergantung kepada mereka untuk menguruskannya.”

Pemain sayap, Marc Albrighton dan kapten, Wes Morgan adalah antara pemain lain yang masih menantikan tawaran selepas masa depan Vardy mendominasi isu itu.

“Arsenal adalah kelab yang besar dan sebuah kelab yang mana ramai orang mahu sertai, jadi komitmen ‘Vards’ dalam masa depannya bersama Leicester adalah perkara yang baik buat kelab,” kata Drinkwater. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA