Drogba bersedia

Drogba bersedia

MONTREAL, 31 Julai (AFP) – Didier Drogba berkata dia tidak sabar-sabar untuk ‘cabaran cantik’ dalam menyudahkan kerjayanya di Major League Soccer selepas diperkenalkan kepada ratusan peminat Montreal Impact semalam.

Pemain veteran Ivory Coast dan bekas ikon Chelsea itu membuat ucapan di depan penonton di Stadium Saputo, Montreal, sehari selepas berlepas ke bandar Kanada itu bagi melengkapkan perpindahannya ke MLS awal minggu ini.

“Saya orang yang suka cabaran dan ada keindahan di depan saya,” kata Drogba bersama presiden Impact, Joey Saputo.

Saputo berkata Drogba tiba pada masa yang hebat bagi Impact, bandar raya Montreal, dan MLS.

“Saya bangga dia memutuskan untuk meneruskan kerjayanya di sini dan ketibaannya memberikan manfaat pada semua peringkat, di atas dan di luar padang,” tambah Saputo.

Didier Drogba (tengah) bergambar dengan jersinya di sebelah Joey Saputo (kanan) dan ketua jurulatih Franck Klopas (kiri) di Montreal semalam. – AFP
Didier Drogba (tengah) bergambar dengan jersinya di sebelah Joey Saputo (kanan) dan ketua jurulatih Franck Klopas (kiri) di Montreal semalam. – AFP

Pemain Tahunan Bola Sepak Afrika dua kali itu berkata dia memutuskan untuk menyertai Montreal selepas kagum dengan Saputo. “Ucapan presiden memujuk saya. Ia ringkas dan mesra,” katanya.

Drogba sementara itu, mendedahkan dia terkejut dengan kehadiran orang ramai yang meraikan kehadirannya di lapangan terbang Rabu lalu.

“Saya tidak menjangka,” katanya, yang menambah dia tidak memikirkan rakan sepasukannya yang baru akan melayannya seperti seorang bintang. Ia hanya cara orang melihat anda – dalam bilik persalinan, semua pemain adalah sama,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA