Drogba ledak hatrik aksi sulung MLS

Drogba ledak hatrik aksi sulung MLS

MONTREAL, 6 Sept (AFP) – Didier Drogba melancarkan kerjaya Major League Soccer dengan bergaya di sini hari ini apabila menjaringkan hatrik pada penampilan pertama bersama kelab baru Montreal Impact dalam kemenangan 4-3 ke atas Chicago Fire.

Bekas penyerang Chelsea itu membuka akaun jaringan dengan gol pada 21 minit sebelum Chicago bangkit untuk mendahului 3-2 pada awal babak kedua.

Tetapi dua ledakan klinikal biasa Drogba selepas sejam permainan melengkapkan petang yang tidak dapat dilupakan oleh legenda Ivory Coast berusia 37 tahun itu, yang meraikan kemenangan dengan memberikan jersinya kepada peminat selepas perlawanan.

“Orang ramai menakjubkan,” Drogba memberitahu pemberita. “Dan, anda tahu, wira perlawanan ini (trofi) memberikan saya semangat. Itu untuk mereka. Saya memberikannya kepada mereka.”

Tiga jaringan Drogba adalah ledakan klasik – satu gol berjaya dijaringkan dengan kaki kiri, satu lagi dengan kaki kanan dan satu lagi dengan kepalanya.

Drogba meraikan jaringan semasa menentang Chicago Fire dalam aksi MLS di Sade Saputo semalam. – Reuters
Drogba meraikan jaringan semasa menentang Chicago Fire dalam aksi MLS di Sade Saputo semalam. – Reuters

Ia meninggalkan kesan kepada jurulatih interim Mauro Biello dengan keseronokan. “Apa yang boleh saya katakan? Persembahan Didier memang dahsyat,” kata Biello.

“Dia seperti seseorang yang komited. Dia menang di mana-mana. Dia datang ke sini dengan semangat yang hebat untuk menang. Dan kita lihat semuanya malam ini.”

Bagaimanapun, Drogba tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya dalam kemenangan itu sambil berkata: “Bagi saya, ia bukan keputusan yang baik,” kata Drogba.

“Perkara paling penting adalah anda mendapatkan tiga mata, tetapi apabila anda melihat permainan itu sendiri, anda tahu kami mempunyai banyak perkara untuk diusahakan dan perlu diubah. Selalu ada ruang untuk penambahbaikan dalam pasukan ini.”

ARTIKEL YANG SAMA