Drogba mulakan musim MLS dengan mantap

Drogba mulakan musim MLS dengan mantap

AMERIKA SYARIKAT (AS), 17 April (Reuters) – Selepas tidak beraksi dalam lima perlawanan pertama musim Major League Soccer (MLS) bagi menghindarkan beraksi di atas padang palsu, Didier Drogba meraikan kemunculannya pada 2016 dengan menjaringkan satu gol ketika Montreal Impact menewaskan Chicago Fires 2-1 semalam.

Chicago membuka jaringan pada minit ke-29 menerusi Kennedy Igbananike tetapi Drogba, yang diturunkan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-56 apabila menyudahkan hantaran lintang leret dari Dominic Oduro dengan hantaran ke belakang.

Pemain midfield Ignacio Piatti menjaringkan gol kemenangan pada masa penamat untuk memberikan pendahulu Eastern Conference itu kemenangan kedua berturut–turut.

“Pada separuh masa kedua, kami beraksi dengan lebih banyak rentak dan mencipta lebih banyak peluang,” kata Drogba, yang menjaringkan 11 gol dalam 11 perlawanan musim biasa tahun lepas.

“Kami mengungguli conference dan kami perlu menunjukkan lebih banyak cita-cita sepanjang persaingan. Kemenangan ini membolehkan kami beraksi dengan lebih bagus.”

Di Columbus, Justin Meram menjaringkan gol pada minit ke-80 ketika Crew menewaskan New York City 3-2 sementara Sebastian Giovinco dari Toronto FC menjaringkan gol pada minit pertama dalam kemenangan 1-0 ke atas DC United.

Dominique Badji dari Colorado menjaringkan gol dengan perlawanan berbaki lapan minit untuk memberikan pasukan tuan rumah kemenangan 2-1 ke atas New York Red Bulls.

Juan Manuel Martinez menjaringkan gol pada minit ke-55 untuk memberikan Real Salt Lake kemenangan 1-0 ke atas Vancouver Whitecaps sementara dalam persaingan di Seattle, Jordan Morris menjaringkan dua gol pendahuluan Sounders pada minit ke-73 dalam kemenangan 2-1 ke atas pasukan pelawat, Philadelphia.

Juara bertahan, Portland menjaringkan gol kemenangan 3-1 di laman sendiri ke atas San Jose Earthquakes.

ARTIKEL YANG SAMA