Dron AS lancar serangan di timur Afghan

Dron AS lancar serangan di timur Afghan

KABUL, 21 Dis (Reuters) – Pesawat dron Amerika Syarikat menyerang sasaran di timur Afghanistan pada hujung minggu, menurut jurucakap tentera AS di Kabul, tanpa memberikan maklumat lanjut.

“Tentera AS melancarkan serangan di daerah Bati Kot, wilayah Nangarhar, pada 19 Disember ke atas beberapa individu yang mengancam pasukan kami,” kata Kolonel Michael Lawhorn.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) meraih kedudukan yang kuat di Nangarhar, di mana mereka bersaing dengan Taliban bagi kepemimpinan dalam pemberontakan di negara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA