Dron ‘Burraq’ perangi pemisah

Dron ‘Burraq’ perangi pemisah

ISLAMABAD, 7 Sept (AFP) – Tentera Pakistan hari ini berkata kali pertamanya ia menggunakan dron buatan tempatan untuk menyasarkan kawasan militan di wilayah sempadan barat laut, membunuh tiga pemberontak pemisah Islam.

Pakistan mengumumkan penerbangan ujian dron “Burraq” yang berkeupayaan bagi melepaskan misil dipandu laser, pada Mac, menyertai beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, China dan Israel dalam memiliki teknologi itu.

“Kali pertama dron Burraq buatan (Pakistan) digunakan hari ini. Mengenai sasaran kawasan pengganas di Lembah Shawal membunuh 3 pengganas berprofil tinggi,” menurut jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asim Bajwa.

Lembah Shawal, yang terletak di daerah puak Utara Waizristan yang bersempadan dengan Afghanistan, menjadi tempat beberapa pertempuran di antara tentera Pakistan dan Tlaiban sejak melancarkan operasi tentera besar-besaran di sana pada Jun lalu.

Gambar fail laman sesawang Wikipedia menunjukkan barisan dron ‘Burraq’ Pakistan bersedia untuk sesi ujian.
Gambar fail laman sesawang Wikipedia menunjukkan barisan dron ‘Burraq’ Pakistan bersedia untuk sesi ujian.

Kawasan itu tidak dibenarkan masuk kepada wartawan dan ia adalah mustahil untuk mengesahkan dakwaan tentera tersebut. AS telah menjalankan program dron yang kontroversi di kawasan puak Pakistan sejak 2004, yang di bantah oleh Islamabad dan melanggar kedaulatan, walaupun dokumen yang bocor pada masa lalu menunjukkan kedua buah negara bekerjasama.

Serangan dron AS baru-baru ini di kawasan itu juga disasarkan oleh tentera Pakistan juga membangkitkan spekulasi mengenai pakatan sulit.

Islamabad juga telah lama meminta untuk mendapatkan teknologi dron dari Washington dalam menjalankan serangan itu sendiri.

Pakistan telah lama menentang kumpulan pemisah Islam di pinggir separuh autonominya sejak 2003 selepas pencerobohan diketuai AS terhadap Afghanistan mendakwa para pejuang Taliban dan Al-Qaeda melarikan diri menyeberangi sempadan.