Dron dengan penumpang diuji di Nevada

Dron dengan penumpang diuji di Nevada

BEIJING, 13 Jun (dpa) – Dron yang mampu membawa penumpang bersedia untuk diuji di kawasan gurun di Nevada selepas pengawal selia Amerika Syarikat (AS) memberi kebenaran untuk Syarikat China Ehang, China Daily melaporkan hari ini.

Ehang 184 mempunyai bentuk dron seperti sebuah helikopter bersaiz kecil dan mampu membawa seorang kabin di tengah-tengah struktur yang mempunyai empat lengan dengan lapan kipas.

Ia tidak mempunyai kawalan penerbangan, tetapi dikendalikan dengan hanya memasukkan destinasi. Ia direka untuk berlepas, terbang dan mendarat secara automatik.

Motor elektrik mampu membawanya terbang selama 23 minit dalam satu perjalanan dan mampu mencapai 3,300 meter dari tanah, kata laporan itu.

Kenderaan itu dikeluarkan dalam bentuk konsep di pameran perdagangan di Las Vegas pada bulan Januari.

Orang ramai ketika menyaksikan Dron yang mampu membawa penumpang itu. Dron tersebut bersedia untuk diuji di kawasan gurun di Nevada. – AP
Orang ramai ketika menyaksikan Dron yang mampu membawa penumpang itu. Dron tersebut bersedia untuk diuji di kawasan gurun di Nevada. – AP